MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata beliau akan bertemu sendiri dengan pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia secepat mungkin bagi menangani isu pembiayaan, terutama membabitkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Saya akan membawanya (isu pembiayaan) secara peribadi kepada pengurusan tertinggi Bank Negara untuk mencari penyelesaian," katanya pada Seminar dan Dialog Pelaburan Domestik Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.
Seminar berkenaan dianjurkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan SME Corporation.
Mustapa berkata, isu kegagalan mendapatkan pembiayaan daripada SME Bank dibangkitkan di pelbagai tempat dan sewajarnya ia ditangani secara serius memandangkan ia boleh menjejaskan langkah kerajaan untuk merangsang pelaburan domestik.
"Saya berasa malu dengan isu ini kerana di mana saja saya pergi, saya mendengar masalah yang sama. Ia juga dibangkitkan ketika mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan peserta mengenai kelembapan proses kelulusan pembiayaan serta kekurangan pakar dalam SME Bank menilai permohonan pembiayaan.
Pada sidang akhbar kemudian, beliau berkata, Miti dan Bank Negara sentiasa mengadakan perbincangan mengenai isu berhubung PKS.
Mengenai sama ada perbincangan yang akan diadakannya akan hanya menumpu kepada SME Bank, Mustapa berkata, isu pembiayaan melangkaui perkara berkenaan termasuk bank asing serta bank tempatan yang menyediakan pembiayaan untuk PKS.
"Apa yang penting ialah untuk memahami situasi sebenar dan mengenalpasti kenapa wujudnya masalah itu. Kemudian kita perlu mencari jalan penyelesaian walaupun kita tahu banyak perkara telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik akses kepada pembiayaan," katanya.
Beliau berkata, isu pembiayaan mungkin berpunca daripada rekod prestasi syarikat dan pengurusan yang mana ada antaranya amat subjektif, berdasarkan kepada senario dan keadaan yang berbeza.
"Pertamanya kita perlu mengenal pasti masalah, menentukan kenapa ia masih wujud dan akhirnya menghapuskannya," katanya.
Showing posts with label news. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Wanita kuasai sektor awam
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.
Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.
Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.
"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.
"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.
Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.
Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.
"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.
Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.
"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.
"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)