Wednesday, February 24, 2010

ISU PINJAMAN PKS

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata beliau akan bertemu sendiri dengan pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia secepat mungkin bagi menangani isu pembiayaan, terutama membabitkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Saya akan membawanya (isu pembiayaan) secara peribadi kepada pengurusan tertinggi Bank Negara untuk mencari penyelesaian," katanya pada Seminar dan Dialog Pelaburan Domestik Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.




Seminar berkenaan dianjurkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan SME Corporation.

Mustapa berkata, isu kegagalan mendapatkan pembiayaan daripada SME Bank dibangkitkan di pelbagai tempat dan sewajarnya ia ditangani secara serius memandangkan ia boleh menjejaskan langkah kerajaan untuk merangsang pelaburan domestik.

"Saya berasa malu dengan isu ini kerana di mana saja saya pergi, saya mendengar masalah yang sama. Ia juga dibangkitkan ketika mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan peserta mengenai kelembapan proses kelulusan pembiayaan serta kekurangan pakar dalam SME Bank menilai permohonan pembiayaan.

Pada sidang akhbar kemudian, beliau berkata, Miti dan Bank Negara sentiasa mengadakan perbincangan mengenai isu berhubung PKS.

Mengenai sama ada perbincangan yang akan diadakannya akan hanya menumpu kepada SME Bank, Mustapa berkata, isu pembiayaan melangkaui perkara berkenaan termasuk bank asing serta bank tempatan yang menyediakan pembiayaan untuk PKS.

"Apa yang penting ialah untuk memahami situasi sebenar dan mengenalpasti kenapa wujudnya masalah itu. Kemudian kita perlu mencari jalan penyelesaian walaupun kita tahu banyak perkara telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik akses kepada pembiayaan," katanya.

Beliau berkata, isu pembiayaan mungkin berpunca daripada rekod prestasi syarikat dan pengurusan yang mana ada antaranya amat subjektif, berdasarkan kepada senario dan keadaan yang berbeza.

"Pertamanya kita perlu mengenal pasti masalah, menentukan kenapa ia masih wujud dan akhirnya menghapuskannya," katanya.

Tuesday, February 23, 2010

Wanita kuasai sektor awam

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my





KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.




Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.

Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.


"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.

"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.

Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.

Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.

"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.

"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.

"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.

Monday, February 22, 2010

Sabun Aqura Tahan Mengantuk dan Shampoo Tudung

JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA. Beli dan cuba baru tahu kesannya. Berminat untuk dapatkan sabun tahan mengantuk (hilangkan jerawat, licinkan kulit, bau badan) dan shampoo rambut juga dikenali sebagai shampoo tudung (rambut tak berbau selepas buka tudung),

sila hubungi 019-4355566 / 0125405556
Harga sabun dan shampoo RM 10.00 (kecil)

New prepaid number for sale (half vip number)

Half vip number :

012-4400280
012-4400689
012-4009616
017-4000283
017-4330588
010-4608200
019-5656496
013-4465338

please contact : 012-5405556 (misone)
Buy 1 one (selected no) get 1 free grift and free registration.Term & Condition.

Tips Utk Pelajar PJJ

Tiada masa utk ulangkaji, kekurangan bajet, tiada rakan yg membantu, ingin memperolehi keputusan baik dlm exam.

Keputusan yang baik adalah impian dan matlamat semua pelajar. Sedikit usaha tambahan boleh membantu kita ke arah mencapai matlamat tersebut.

Saya menyediakan beberapa tips mudah dan praktikal khusus kepada subjek2 bidang Pengurusan, organisasi, sumber manusia,pengurusan strategik, etika perniagaan,Pentadbiran Awam, Hubungan Antarabangsa, Politik Perbandingan,Sains Politik, subjek tertentu dlm Sains Kemasyarakatan, kewangan, keusahawanan, dan pemasaran.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tips pembelajaran secara jarak jauh, menulis tugasan/kertas kerja,menjawab soalan esei dan sebagainya, sila email ke ami661@yahoo.com/0125405556. Tips dan panduan diberikan oleh Bekas Pelajar PJJ USM- (2005- 2009) dengan CGPA 3.54.


Tips dihantar melalui email, telefon,ym, Fb dan bersemuka .

Tiada guna memperolehi Ijazah tetapi keputusan CGPA yg rendah!!!Jgn banyak fikir lagi benda baik jgn dilengahkan. Letak tepi kata org kalu tak mau melutut ditepi gantang...Buktikan anda juga boleh mendapat keputusan baik.