Wednesday, February 24, 2010

ISU PINJAMAN PKS

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata beliau akan bertemu sendiri dengan pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia secepat mungkin bagi menangani isu pembiayaan, terutama membabitkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Saya akan membawanya (isu pembiayaan) secara peribadi kepada pengurusan tertinggi Bank Negara untuk mencari penyelesaian," katanya pada Seminar dan Dialog Pelaburan Domestik Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.




Seminar berkenaan dianjurkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan SME Corporation.

Mustapa berkata, isu kegagalan mendapatkan pembiayaan daripada SME Bank dibangkitkan di pelbagai tempat dan sewajarnya ia ditangani secara serius memandangkan ia boleh menjejaskan langkah kerajaan untuk merangsang pelaburan domestik.

"Saya berasa malu dengan isu ini kerana di mana saja saya pergi, saya mendengar masalah yang sama. Ia juga dibangkitkan ketika mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan Perdana Menteri," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan peserta mengenai kelembapan proses kelulusan pembiayaan serta kekurangan pakar dalam SME Bank menilai permohonan pembiayaan.

Pada sidang akhbar kemudian, beliau berkata, Miti dan Bank Negara sentiasa mengadakan perbincangan mengenai isu berhubung PKS.

Mengenai sama ada perbincangan yang akan diadakannya akan hanya menumpu kepada SME Bank, Mustapa berkata, isu pembiayaan melangkaui perkara berkenaan termasuk bank asing serta bank tempatan yang menyediakan pembiayaan untuk PKS.

"Apa yang penting ialah untuk memahami situasi sebenar dan mengenalpasti kenapa wujudnya masalah itu. Kemudian kita perlu mencari jalan penyelesaian walaupun kita tahu banyak perkara telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik akses kepada pembiayaan," katanya.

Beliau berkata, isu pembiayaan mungkin berpunca daripada rekod prestasi syarikat dan pengurusan yang mana ada antaranya amat subjektif, berdasarkan kepada senario dan keadaan yang berbeza.

"Pertamanya kita perlu mengenal pasti masalah, menentukan kenapa ia masih wujud dan akhirnya menghapuskannya," katanya.

1 comment:

  1. Selamat datang ke Rebecca Firm Williams Loan

    BORANG PINJAMAN PELANGGAN

    pelanggan yang dihormati sekalian,

    Syarikat saya adalah bersedia untuk memberikan apa-apa jenis pinjaman pilihan anda dengan syarat anda boleh membayar kembali sebagai balasan. kadar pinjaman kami adalah fleksibel kerana kami memberi dana pinjaman kami pada kadar faedah 2%. Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memberi jaminan bahawa jika anda mengikuti langkah kami dengan prosedur langkah anda akan mendapat pinjaman anda diluluskan dan dipindahkan kepada anda.

    Kami tidak melampirkan yuran tersembunyi untuk program pinjaman. Kami mempunyai proses kita ikuti sebelum pinjaman anda boleh diluluskan dan dipindahkan kepada anda, jadi kami menasihatkan bahawa anda mengikuti langkah kami dengan prosedur langkah supaya transaksi pinjaman anda akan lengkap pada masa. Pastikan anda membalas mel anda pada masa supaya transaksi pinjaman anda tidak akan belum selesai.

    Sila isi borang permohonan pelanggan dan kembali kepada kami jika anda bersetuju dengan Terma / Syarat untuk membolehkan kami memulakan proses permohonan pinjaman anda.

    Berikut adalah borang permohonan pinjaman kami, berhati-hati mengisi maklumat anda untuk membolehkan kami meneruskan pemprosesan dana pinjaman.


    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELANGGAN


    PEMOHON NAMA: -.........................................

    ALAMAT KEDIAMAN:-......................................

    CITY: -............................................... ......

    NEGERI: -............................................... .....

    KEWARGANEGARAAN: -..............................................

    Zip / Postal Code: -..........................................

    TELEFON: -............................................... .

    TARIKH:-............................................... ......

    JUMLAH PINJAMAN DIPERLUKAN: -....................................

    PINJAMAN TEMPOH: -............................................

    TUJUAN PINJAMAN: -..........................................

    PEKERJAAN: -...............................................

    STATUS PERKAHWINAN:-...........................................

    PENDAPATAN JUMLAH: -............................................

    PEKERJAAN: -.............................................. ..

    Permohonan pinjaman anda akan diluluskan secepat i sedang dilakukan dengan semua langkah-langkah yang perlu terlibat.

    Regards,

    Puan Rebecca

    ReplyDelete